Pages

Wordless Wednesday #1

assalamualaikum .


aku masih baru dalam dunia blog so aku tak tahu apa tu wordless wednesday. aku tahu benda ni pun lepas aku baca blog aku pengembara .





harta karun yang dijumpai semalam . dari tahun 2009 lagi . kad raya ke kad kawin ni ?

EMPAYAR KUKUBESI .

assalamualaikum .

pernah dengar nama kukubesi? ada yang tak pernah dengar dan ada yang pernah dengar . act aku pun baru je tahu pasal kukubesi ni bila abang aku join satu pertandingan perang poster . bila aku search je nama kukubesi, banyak yang keluar . ada kukubesi johor, kelantan dan lain lain. kukubesi ni merupakan satu nama besar untuk mengetengahkan ( betul ke ejaan aku ni? ) pelbagai design pada t-shirt . dan design dia memang super super super gempak .


untuk lebih lanjut boleh tengok dekat page facebook dia. banyak tapi aku bagi yang main page dia je .



dan baru baru ni under page kukubesi manipulasi ada buat satu pertandingan perang poster macam aku cerita tadi. and abang aku join lah pertandingan ni. hadiah tak tahu lah tapi aku rasa of cos lah t-shirt dia kan. dan yang masuk bukan calang calang orang sebab aku tengok design design dia memang superb habis .






penyertaan dia sangat banyak jadi aku tak boleh nak print screen satu satu. nak tengok puas puas boleh pergi dekat page ni kukubesi manipulasi .okay dalam pertandingan ni melibatkan dua kategori dalam pemilihan pemenang . 6 orang pemenang pilihan juri dan 6 pemenang lagi pilihan orang ramai . 



 

dan ini pulak poster abang aku . alhamdulillah, abang aku dapat jadi pemenang untuk pemilihan juri . aku pulak tangan keras . tak kreatif macam abang abang aku. jeles sikit , eyh tak banyak . HAHHA . tahniah . nanti dapat hadiah bagi aku eyh along .


untuk sesiapa yang nak tempah kad kawin, business card, bunting, video and etc boleh contact contact bro aku .


Facebook -  Mohd Rafiuddin Dasuki Bin Sha'ari
Phone Number - 0176710829









aku lelaki yang comel or perempuan yang cute .

assalamualaikum .



bila seseorang yang kita tak pernah jumpa. kita akan dapat mengenali jenis orang tu melalui text, status, cerita apa yang dia tulis dekat blog and etc . kalau korang tengok entry aku korang rasa aku ni mesti budak yang cute, baik, jujur, pencinta yang setia .


korang agak agak aku lelaki yang taff dan macho or perempuan yang suka buat mulut itik ? kemon lah nak tahu jugak apa andaian korang dekat budak cute ni .

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: 110 Juta Kenangan

assalamualaikum





ni blog otak jugak tapi otak buasir . aku otak kosong . dah buasir keluar habis kosong lah otak kami . bergabung pulak kan . HAHHA . okay aku baru buat blog semalam and hari ni aku nak try join contest pertama aku . contest ni memang buat otak aku buasir lah nak suruh pekerja2 dalam otak aku bukak balik file file dalam laci berkunci . banyak cerita cerita silam dalam laci tu . straight to the point je lan kan bai ? nak cerita file laci kunci bagai .


so nak tengok apa syarat syarat and hadiah yang dimenangi boleh lah click banner dekat atas . aku malas nak explain .



soalan soalan :-

Pada usia berapakah yang anda paling suka sepanjang kehidupan anda? 

usia tak ingat lah tapi semua orang suka zaman hingus tak reti lap, kencing atas tilam, cakap depan kipas angin, main tangkap budu dalam longkang  . sebab time tu lah aku rasa aku orang paling bahagia sebab aku tak kenal apa tu erti masalah dunia . aku cuma tahu main main main, dah penat makan tido sampai mak aku cubit cubit suruh mandi. aku ni malas mandi . 


Apakah kenangan zaman silam (manis atau pahit) yang anda paling ingat sampai sekarang?

tak ada nak silam sangat lah. baru je berlaku dalam setahun yang lebih. orang kata kenangan pahit jangan dikenang. tapi kalau kenang apa salahnya. nama pun kenangan what? bukan ada button delete pun dalam otak. aku paling ingat time aku kene rasuk arr bro. ada sorang junior ni masuk bilik aku sebab nak ubat aku . dia silat punya silat dia tepuk dahi aku sampai aku terjatuh dekat belakang. nasib atas katil kalau lantai? mahu berdarah kepala aku. tapi penangan sumpah sakit. tapi aku kental. aku kan anak abah keturunan jawa lagi. HAHHA.


Kalau anda diberi pilihan untuk kembali ke zaman silam, ke zaman manakah yang anda mahu pergi dan apakah yang anda ingin perbetulkan atau ubah sekiranya ada?


aku nak kembali pada zaman aku sekolah rendah. sebab time tu aku nak ubah supaya tak jadi bengap sampai dah besar macam ni. HAHHA. aku ni pemalas. dari start kecik lagi so result tak mengembangkan hidung arr . tapi pemalas aku ni membawa sampai ke dewasa. haaaa memang tak dapat ubah apa lah kan kalau aku tak buang sifat malas aku ni. bodoh apa aku ngaku dekat orang aku malas. sorry ada unsur mencarut pulak . 







FIRST ENTRY . clap hand *pap pap pap*

assalamualaikum



first entry kalau aku tengok tengok blog orang 99% tulis pasal biodata diri . ala ala macam zaman sekolah rendah mintak kawan tolong tulis biodata dalam buku keras cantik2 tu . buat kenangan katannya . 99% of cos terdiri dari girls girls lah . lelaki jarang . start start dah merapu . HAHHA .




aku tak ada benda yang special nak dicerita . yang ada spesial . banyak benda buruk pasal aku or act aku tak jumpa apa yang lebihnya aku . tapi serius korang sangat tak rugi bila korang buat kenduri kendara and panggil aku . sebab aku boleh tolong habiskan korang punya lauk pauk yang tak habis . itu special kan ? kalau korang try add facebook and follow aku punya twitter sure korang cakap asal fresh fresh je ni . biasa bro , baru buat . act aku bukan baru buat tapi buat baru . sejak dah jadi fresh graduate semua aku nak fresh.

blog ni nama aku otak kosong . sebab otak aku memang kosong . bagus kan? aku tak menjawap soalan tapi menukar kedudukan perkataan . first entry . merapu . sorry . okay bye .